Pengenalan
Kementerian merupakan agensi yang tertinggi Kerajaan. Dalam setiap kementerian akan diketuai oleh seorang menteri yang dilantik bagi menerajui kementerian tersebut. Menteri-menteri ini akan dibantu oleh Timbalan Menteri. Setiap kementerian yang diwujudkan mempunyai tanggungjawab dan peranan bagi membentuk dasar-dasar, merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan tugas-tugas yang diletakkan di bawah portfolio kementerian berkenaan.
Tugas-tugas dan tanggungjawab kementerian kemudiannya disalurkan kepada beberapa buah jabatan dan perbadanan awam yang ditubuhkan di dalam kementerian-kementerian tersebut.
Pada pru-14 kerajaan baru telah mengambil alih negara kita dan infografik ini ialah senarai kementerian yang terkini di Malaysia.